Memperkasakan pelaksanaan ‘Go Green’ dalam kalangan pelajar.
Memperkasakan Pelaksanaan 'Go Green' dalam kalangan pelajar amat penting bagi memupuk sikap pelajar agar menjaga Kebersihan persekitaran dan mempunyai tanggungjawab sebagai seorang yang cinta akan alam sekitar. OBJEKTIF KAJIAN: 👉 Untuk mengur angkan pencemaran di muka bumi. 👉 Untuk membantu mengekalkan persekitaran yang sihat dan selamat untuk generasi pada masa hadapan. 👉 Menghargai persekitaran yang indah hasil daripada amalan Go Green dan memupuk keprihatinan yang tinggi. PENGENALAN: Go Green adalah satu bentuk kempen kesedaran kepada setiap orang lebih-lebih lagi kepada pelajar dan bertujuan untuk memelihara dan melindungi bumi daripada perkara yang buruk seperti pencemaran alam sekitar, bencana alam dan pemanasan global. Hal ini menjadi semakin hari semakin membimbangkan kerana kesan daripada tindakan dan perbuatan manusia yang tidak terkawal. Pada masa kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa peggunaan beg plastik telah menjadi kebiasaan dalam kalangan pelajar. Sebagai...