Pembangunan Bandar yang pesat telah memberi kesan kepada Alam Sekitar.

Kebiasaannya pembandaran di negara sedang membangun sering membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Antaranya ialah :


Pencemaran Udara
Pencemaran Air



1.Pencemaran Alam Sekitar

   i) Pencemaran Air

    Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam kerana pencemaran sungai ini. Contohnya Sg Klang dan Sg Gombak tercemar teruk kerana pembuangan sisa toksid dari kilang-kilang yang terletak di Lembah Klang.

   ii) Pencemaran Udara

    Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan kejadian jerebu yang teruk.

   iii) Pencemaran Bunyi

    Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepada pencemaran bunyi di bandar-bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada penduduk bandar untuk mejalani kehidupan seharian.





2) Fenomena Cuaca

Banjir Kilat (April 2018 Kuala Lumpur)








Kesan Rumah Hijau & Penipisan Lapisan Ozon



 i) Hujan Asid

    Kawasan perindustrian seperti di Lembah Klang sering dilanda hujan asid. Udara yang mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida apabila bercampur dengan air hujan akan turun sebagai hujan asid. Ini amat bahaya kepada hidupan seperti manusia dan tumbuhan


    ii) Penipisan Lapisan Ozon

    Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon. Ini amat bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasil pertanian, penyakit barah kulit dan katarak mata kepada manusia.

    iii) Pulau Haba

    Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya pulau haba di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru.  Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2 hingga 3 darjah Celsius berbandar kawasan pinggirnya. 

   iv) Kesan Rumah Hijau

    Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Fenomena ini dipanggil kesan rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais di kutub.

     v) Banjir kilat

    Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap. Akibatnya dalam tempoh yang singkat (2 jam) akan berlaku banjir kilat. Keadaan ini sering berlaku di Kuala Lumpur yang sering menyebabkan kerosakan harta benda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan disebabkan fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan cepat!

3) Kemusnahan hutan

    i) Kepupusan flora & fauna

   ii) Kemusnahan habitat flora & fauna

  iii) Perubahan landskap

Kepupusan Spesis Terancam

Pembalakan Haram
Perubahan Landskap Sebelum

 
Perubahan Landskap Sekarang



Comments

Popular posts from this blog

Memperkasakan pelaksanaan ‘Go Green’ dalam kalangan pelajar.