Memperkasakan pelaksanaan ‘Go Green’ dalam kalangan pelajar.

 Memperkasakan Pelaksanaan 'Go Green' dalam kalangan pelajar amat penting bagi memupuk sikap pelajar agar menjaga Kebersihan persekitaran dan mempunyai tanggungjawab sebagai seorang yang cinta akan alam sekitar.

OBJEKTIF KAJIAN:

👉Untuk mengurangkan pencemaran di muka bumi.

👉Untuk membantu mengekalkan persekitaran yang sihat dan selamat untuk generasi pada masa hadapan.

👉Menghargai persekitaran yang indah hasil daripada amalan Go Green dan memupuk keprihatinan yang tinggi.





PENGENALAN:

Go Green adalah satu bentuk kempen kesedaran kepada setiap orang lebih-lebih lagi kepada pelajar dan bertujuan untuk memelihara dan melindungi bumi daripada perkara yang buruk seperti pencemaran alam sekitar, bencana alam dan pemanasan global. Hal ini menjadi semakin hari semakin membimbangkan kerana kesan daripada tindakan dan perbuatan manusia yang tidak terkawal. Pada masa kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa peggunaan beg plastik telah menjadi kebiasaan dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, setiap pembelian barang yang mereka beli, mereka membuangnya ke merata-rata tempat. Namun begitu, penggunaan beg plastik yang berterusan akan menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar kerana bahan kimianya. Hal ini juga menimbulkan kesan buruk kepada kesihatan pelajar dan berlaku kerana tidak menerapkan amalan Go Green. Selain itu, sebagai pelajar kita perlu mementingkan dan mengambil berat tentang amalan Go Green ini kerana mampu memberi kesan yang positif kepada bumi dan hidupan di bumi. Pelajar perlu menambah ilmu pengetahuan mereka dengan mendalam kepada amalan Go Green ini kerana merupakan sesuatu ilmu yang baik kepada pelajar dalam menjaga alam sekitar dengan sempurna. Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh, amalan Go Green merupakan amalan yang sangat penting dan perlu diperkasakan dengan pelbagai aktiviti yang boleh menyelamatkan dan melindungi alam sekitar daripada terjejas. Pelajar juga akan menjadikan diri mereka lebih aktif dengan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan amalan Go Green serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka.

Tujuan Go Green dilaksanakan:

Pada era globalisasi 2020 ini, warga Malaysia selalu menghadapi beberapa masalah tentang isu bumi hijau. Oleh hal yang demikian, sebagai rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar telah lahirnya pelbagai insentif-insentif yang dilakukan untuk mngekalkan warna kehijauan di bumi. Tujuan amalan Go Green ini dijalankan sememangnya untuk mnyedarkan warga bumi supaya dapat menjaga dan melestarikan alam sekitar dengan sebaiknya. Seterusnya amalan Go Green ini perrlu diperkasakan untuk mengurangkan pemanasan global yang terjadi kerana lapisan ozon yang semakin menipis. Seperti yang sedia maklum bumi kini semakin sarat dengan kepanasan dunia. Jika amalan Go Green ini dapat diteruskan dapatlah rakyat Malaysia melihat bumi kekal hijau selama-lamanya. Intipati ini, dapat mengelakkan bumi menjadi panas, tanah mengering, dan air sungai menjadi kering dan surut. Oleh hal yang demikian diharapkan agar tumbuhan dapat terus menjadi subur supaya dapat menyejukkan pemandangan bumi. Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh amalan Go Green ini dapat memberi kesedaran dalam kalangan pelajar bahawa pentingnya tumbuhan hijau ini kepada bumi sejagat. Jika tumbuhan di bumi semakin berkurang dan pupus serta lapisan ozon semakin menipis maka bumi akan menjadi panas dan penduduk bumi juga boleh menghadapi pelbagai jenis penyakit seperti batuk berdarah, pening yang melampau, dan sebagainya. Ini sudah terang memberikan banyak masalah kepada penduduk bumi. Oleh kerana itu sebagai pelajar yang prihatin dan bertanggungjawab amalan go green ini perlu dijalankan agar bumi kekal hijau dan ceria.


Langkah-Langkah Melaksanakan Go Green:

Dalam memperkasakan amalan Go Green ini dalam kalangan pelajar, pelbagai aktiviti dan program yang boleh dijalankan seperti menjalankan program kurangkan penggunaan plastik iaitu membeli barangan dengan membawa beg sendiri ke kedai. Hal ini dapat mengurangkan penggunaan beg plastik serta mengurangkan pembuangan plastik di merata-rata tempat. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar sering membuang beg plastik di merata-rata tempat. Selain itu, pelajar boleh bekerjasama dalam melakukan aktiviti menghijaukan bumi dengan menanam pokok-pokok di tanah yang lapang. Hal ini dapat mengurangkan pemanasan global yang berlaku di bumi dan pokok-pokok dapat membekalkan oksigen yang segar agar udara di bumi sentiasa segar. Pelajar juga dapat menanamkan sifat menanam pokok agar dapat melindungi alam daripada pencemaran alam sekitar. Perkara ini dapat dibuktikan melalui penulisan buku (Haliza Abdul Rahman, Rohasliney Hashim). Di samping itu, pihak yang bertanggungjawab perlu mengadakan kempen kesedaran Go Green dalam kalangan pelajar untuk membuka mata semua orang bahawa betapa pentingnya tumbuhan hijau kepada bumi. Kempen ini sedikit sebanyak dapat membuatkan golongan pelajar bertindak dengan lebih berhati-hati apabila menggunakan bahan-bahan yang boleh menyebabkan pelupusan tumbuhan dan kepupusan haiwan. Malaysia kini telah memperkenalkan amalan 3R (Reuse, Recycle, Reduce). Reuse disini bermaksud menggunakan semula barang yang terpakai seperti penggunaan tayar, botol plastik, tin dan banyak lagi. Recyle pula bermaksud mengitar semula barang yang terpakai seperti pihak bertanggungjawab telah menyediakan 3 jenis tong sampah mengikut jenis-jenis sampah. Sebagai contoh, tong sampah yang berwarna biru adalah untuk sampah yang berjenis kertas. Tong sampah yang berwarna coklat pula untuk kaca dan Tong sampah yang berwarna jingga adalah untuk sampah yang berjenis tin aluminium dan tin keluli. Reduce bermaksud pengurangan seperti membeli apa yang diperlukan sahaja di dalam kehidupan. Justeru, perkara ini dapat menegaskan bahawa setiap pelajar perlu menerapkan amalan ini supaya tidak membakar sampah secara terbuka. Ini kerana, asap-asap yang terhasil daripada pembakaran tersebut dapat menipiskan lapisan ozon di udara. Punca ini boleh mengakibatkan suhu di bumi semakin menigkat ke paras yang sangat bahaya, tanah-tanah menjadi kering dan hujan yang turun boleh menjadi hujan asid. Perkara-perkara seperti ini dapat mengundang pelbagai penyakit yang berbahaya seperti demampanas, sakit kepala yang melampau, batuk berdarah, sakit tekak, sesak nafas dan lain-lain lagi. Akhir sekali, dengan hadirnya teknologi yang semakin moden pada zaman ini pelajar- pelajar seharusnya bertindak bijak dengan mengurangkan penggunaan kertas. Seperti sedia maklum, proses pembuatan kertas adalah daripada pokok-pokok. Jika kita dapat mengurangkan penggunaan kertas, kita dapat mengurangkan pelupusan pokok-pokok di bumi daripada terjadi. Besarlah harapan agar segala langkah-langkah yang telah dikemukakan ini dapat dijalankan dengan baik.

Isu Semasa :

           Pada era globalisaasi ini, penggunaan penyedut minuman plastik sudah kurang digunakan di kedai-kedai makan di Malaysia.Mereka lebih gemar menggunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada kertas untuk menggantikan penyedut minuman plastik. Terdapat juga pelanggan yang menggunakan penyedut minuman Stainless Steel di mana mereka membawa sendiri daripada rumah ke kedai makan. Hal ini kerana penyedut minuman plastik mempunyai bahan kimia dan mengambil masa yang lama untuk mereput. Selain itu, penyedut minuman plastik ini juga boleh menjejaskan dan mengganggu hidupan akuatik. Kehidupan akuatik boleh terganggu dengan barangan yang berunsurkan plastik kerana plastik dibuang merata-rata di persisiran pantai dan sungai. Hal ini boleh menyebabkan hidupan akuatik termakan plastik-plastik yang hanyut di air kerana haiwan tersebut menganggapnya sebagai ampai-ampai yang boleh dimakan. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kisah benar iaitu seekor penyu yang mati terdampar di persisiran pantai dan apabila disiasat penyu tersebut di dalam badannya terdapat plastik yang banyak sehingga menyebabkan ususnya bermasalah. Pada zaman teknologi yang semakin canggih ini, penggunaan kertas perlu dikurangkan kerana pada masa sekarang pelajar lebih gemar menggunakan kemudahan teknologi maklumat seperti notebook, ipad, dan komputer riba. Jika pelajar membuat apa-apa tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah mereka boleh menghantar tugasan tersebut melalui qr code yang boleh dihantar ke e-mel pensyarah ataupun google classroom. Terdapat juga alternatif lain yang boleh digunakan untuk mengekalkan budaya tidak menggunakan kertas. Justeru, sesetengah pelajar yang gemar membuat nota ringkas untuk memudahkan mereka mengingati apa yang mereka belajar dan untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Oleh itu, mereka boleh membuat nota-nota ringkas tersebut dengan menggunakan aplikasi one notes ataupun note pad. Pelajar tidak perlu bimbang kerana pelajar menghiasi nota mereka dengan kreatif seperti penggunaan peta minda dan pelbagai lagi. Sudah terang lagi bersuluh penggunaan alatan yang canggih ini juga mampu mengurangkan penggunaan kertas dan dapat menjaga persekitaran alam sekitar.

      Kesimpulannya, para pelajar perlulah selalu sedar dan peka tentang keadaan alam sekitar yang semakin nazak dengan kerakusan manusia yang tidak bertanggunggjawab ini. Wujudnya amalan Go Green ini serba sedikit memberi insentif dan dapat membantu membina impak yang positif kepada bumi seperti dapat mengekalkan pemandangan hijau dan haiwan- haiwan juga dapat hidup dengan berterusan dan mengelakkan berlakunya kepupusan haiwan yang terancam. Segala langkah-langkah yang telah disediakan dan dicadangkan diharapkan dapat dijalankan dengan sempurna dan dilakukan dengan sebaik mungkin. Janganlah kita memandang rendah dengan apa yang berlaku dengan persekitaran kita. Pelajar-pelajar perlulah menyedarkan komuniti masyarakat tentang pentingnya tumbuhan hijau dan haiwan-haiwan kepada bumi.


Sumber Rujukan :

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/07/kesan-pembandaran-terhadap-alam-sekitar.html

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/584687/11-kematian-penyu-direkod-dalam- 

https://www.youtube.com/watch?v=AXUQIEwH2DI

http://blogernyahansen.blogspot.com/p/ujuan-dan-misi-go-green-tujuan.html?m=1

https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=298389940497894&id=29834932383528 

Comments

Popular posts from this blog

Pembangunan Bandar yang pesat telah memberi kesan kepada Alam Sekitar.